10.12.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerima panggilan kemalangan jalan raya melalui talian Mers999 pada jam11:54 pagi yang berlaku di hadapan Klinik Desa Bukit Mor, Muar, Johor.
Jentera FRT dan 3 motosikalunit RIM dengan kekuatan anggota Bomba seramai 9 orang daripada BBP Muar telah dihantar ke tempat kejadian sebaik panggilan di terima.
Komander Operasi, PBK II Fettry bin Mahat melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori treler dan sebuah motosikal.
Terdapat seorang mangsa yang menaiki motosikal berada di bahagian bawah lori telah dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dengan menggunakan stretcher.
Namun, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 37 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Terdapat seorang lagi mangsa lelaki berusia 28 tahun yang turut menaiki motosikal dilaporkan telah tercedera. Manakala, pemandu lori terselamat dalam kejadian tersebut.
Balai Bomba Penyelamat Muar
Balai Bomba Dan Penyelamat Muar
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor