11.12.2023: JBPM Negeri Johor menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 5.45 pagi yang berlaku di Jalan Nitar berhampiran Stesen Minyak 5 Energy, Mersing, Johor.
Pasukan Bomba daripada BBP Mersing telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima.
Menurut Komander Operasi, PBK II Anuar bin Hussine, sebuah lori jenis Nissan UD telah terbabas dan masuk ke dalam gaung berkedalaman 15 kaki.
Terdapat seorang lelaki dewasa telah tersepit dan mengalami kecederaan parah. Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa yang berusia 30 tahun itu telah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.