Tadika Pasti dua premis di Kg Jalan Kebun terbakar

Tadika Pasti, dua premis di Kg Jalan Kebun terbakar

SHAH ALAM: Sebuah bangunan tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Kg Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.37 tengah hari dan sepasukan anggota dari empat balai bomba dikerah ke lokasi kejadian.

“Dilaporkan kebakaran melibatkan sebuah Sekolah Pasti dua tingkat berukuran (40 x 80 k/p) bangunan kelas B.

“Ketika bomba sampai di lokasi, api telah merebak ke bangunan kedai dan rumah bersebelahan sekolah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata api berjaya dikawal pada 1.22 tengah hari dan proses pemadaman sedang dijalankan oleh pihak bomba.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya.

English EN Malay MS
Skip to content