11.12.2023: JBPM Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan tentang kejadian lemas yang berlaku di Lorong Langsat, berhampiran Tadika Perkampungan Banjir Kampung Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.
Pasukan Bomba daripada BBP Rompin telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Komander Operasi, PBK II Hasrul Nizaruddin bin Hussin melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dikhuatiri lemas semasa melakukan aktiviti memancing bersama kawan-kawannya.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih sedang dijalankan oleh pasukan Bomba.