9.11.2023: Berlaku kebakaran yang melibatkan sebuah restoran makanan laut di Putatan, Sabah berkeluasan 20×40 kaki yang telah terbakar 80%.
Pihak Bomba dimaklumkan tentang kejadian tersebut pada jam 10.51 malam melalui talian MERS999.
Pasukan Bomba daripada BBP Penampang bertindak memadam kebakaran tersebut hingga selesai serta di bantu oleh Pasukan Bomba daripada BBP Kota Kinabalu .
Menurut Komander Operasi, tiada kecederaan mangsa dilaporkan. Operasi adalah terkawal dan tamat pada jam 11:45 malam.