8.11.2023: Merafak Sembah Menjujung Kasih atas Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Berangkat Bercemar Duli ke Majlis Santapan Malam Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Majlis yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dan disambut oleh YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM serta seluruh Pengurusan Tertinggi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JBPM.
Menjunjung Kasih dan Setinggi-tinggi Penghargaan Tuanku.
#SantapanMalam
#YDPAgong
#IstanaNegara
#BombaTheBest
#WiraMerah
#StrongerTogether
#JBPM #KPKT