PESAWAT AW 189 TERBANGKAN PESAKIT DARI LANGKAWI KE PULAU PINANG

PESAWAT AW 189 TERBANGKAN PESAKIT DARI LANGKAWI KE PULAU PINANG

31.3.2024: Pangkalan Udara Wilayah Tengah, JBPM telah ditugaskan untuk bantuan menerbangkan seorang pesakit lelaki dewasa yang mengalami “descending aortic injury” dan menggunakan alat bantuan pernafasan dari Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah ke Hospital Pulau Pinang.

TPgB II Khirulnizam bin Jamaludin selaku Pilot 1 dan PgKB I Wahyudi bin Sayuhti (Pilot 2) telah menerbangkan pesawat AW 189 (9M BOE) – BOMBA 08 bersama seorang kru AQM dan 2 anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) dari Subang pada jam 7.45 pagi menuju ke Lapangan Terbang Langkawi, Kedah.

Pesakit bersama seorang doktor dan 2 orang jururawat KKM telah diterbangkan dari lapangan terbang tersebut menuju ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang sebelum kesemuanya dipindahkan ke ambulans pihak KKM untuk di bawa ke Hospital Pulau Pinang.

Setelah selesai, pesawat bersama anak kapal telah berlepas kembali semula ke Subang dan selamat sampai pada jam 1.40 petang dalam keadaan baik.

Pangkalan Udara Wilayah Tengah

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

BAHAGIAN UDARA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

English EN Malay MS
Skip to content