KUALA LUMPUR, 19.7.2023: YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama barisan Pegawai Kanan Jabatan yang mewakili JBPM telah menghadiri Perhimpunan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada pagi ini.
Program perhimpunan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu telah diserikan lagi dengan kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama pasangannya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Allah Sultan Iskandar Al-Haj serta kenamaan-kenamaan yang lain.
Dalam majlis tersebut, turut diumumkan Tokoh Ma’al Hijrah Tahun 1445H bersamaan 2023M.
Pada tahun ini, tema Ma’al Hijrah 1445H/2023M adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”.
Semoga tahun baharu Hijrah ini akan dapat menyinari hidup kita semua dengan memperbaiki diri, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. serta menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.
Selamat Tahun Baharu Islam.