RENGGAM, 17.7.2023: Pada jam 9:10 malam, JBPM Negeri Johor menerima panggilan kemalangan jalan raya di KM 71.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Arah Utara, Johor.
Pasukan Bomba, BBP Renggam dan BBP Ayer Hitam dengan jumlah keanggotaan seramai 12 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama 2 jentera FRT sebaik menerima panggilan.
Komander Operasi, PPgB Mohd Nizar bin Ma’mun melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori treler jenis Hino telah terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok.
Seorang mangsa telah tercampak keluar daripada kenderaan tersebut. Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 54 tahun itu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM yang berada di lokasi.
Pasukan Bomba bertindak mengangkat mayat mangsa menggunakan pengusung dan menyerahkannya kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.