2.1.2024: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi melalui talian MER999 untuk menyelamatkan mangsa hanyut yang berlaku di KM 34 Jalan Jemaluang – Kota Tinggi, Johor.
Pasukan Bomba daripada BBP Mersing telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera LFRT dan Unit EMRS dengan kekuatan anggota seramai 10 orang sebaik panggilan diterima.
Menurut Komander Operasi, PBK II KUP Arwan bin Abdullah, memang benar terdapat seorang lelaki dewasa berusia 23 tahun dipercayai telah hanyut ketika melalui jalan itu yang telah dinaiki air banjir dengan menaiki motosikal.
Mangsa telah dibawa arus deras dan telah hanyut sejauh 7 meter pada kedalaman air 1.5 meter.
Pasukan Bomba bertindak menggunakan tali menyelamat untuk menarik mangsa ke kawasan yang lebih selamat.
Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dan tidak mengalami kecederaaan. Agensi lain yang turut berada di lokasi kejadian adalah pihak PDRM.