Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah berkelapangan mengadakan Lawatan Kerja Rasmi buat pertama kali ke Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Putrajaya pada pagi ini.
Kehadiran YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Pengarah-pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan Ibu Pejabat JBPM.
Dalam lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri telah dibentangkan dengan taklimat ringkas berkaitan organisasi JBPM yang disampaikan oleh YAS Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).
YB Timbalan Menteri turut berkesempatan menyampaikan amanat dan pengharapan beliau kepada JBPM.
Selamat Datang diucapkan kepada YB Timbalan Menteri ke JBPM. Semoga dengan kehadiran YB Timbalan Menteri ke dalam keluarga KPKT akan dapat memberikan impak yang lebih baik lagi di masa hadapan kelak.