JOHOR BAHRU, 12.10.2023: – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 pada jam 8:26 malam yang berlaku di hadapan Istana Pasir Pelangi.
Jentera dan pasukan Bomba termasuk Unit EMRS dan RIM daripada BBP Larkin telah bergegas ke tempat kejadian sebaik panggilan diterima.
PBK II Firdaus bin Abdullah yang mengetuai operasi melaporkan, sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer didapati telah melanggar sebuah tiang di bawah jambatan.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaan. Namun, Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun itu disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukanperubatan KKM yang turut berada di lokasi.