PASIR GUDANG, JOHOR, 15.10.2023 – BBP Pasir Gudang bergegas ke lokasi kejadian setelah terima panggilan kecemasan pada jam 6.57 petang mengenai kebakaran di Kilang Idemitsu Petrochemical (M) Sdn Bhd, Pasir Gudang, Johor.
Menurut Komander Operasi, Kebakaran tersebut melibatkan sebuah tangki styrene monomer dan kerja-kerja pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba dan jentera dari BBP Johor Jaya. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor