336324901 154500587482465 3145179956629257869 n

Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM Kepada YB Timbalan Menteri KPKT Dan TKSU KPKT

PUTRAJAYA, 15.3.2023: YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telahdianugerahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
 
Manakala, YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dianugerahkan sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
 
Majlis yang diadakan di Dewan Sutera, Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya itu telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPKT, Pengurusan Tertinggi JBPM dan pegawai kanan jabatan.
 
YB TPjB (Kehormat) Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir kemudiannya menerima Hormat Menteri di perkarangan Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya daripada Kawalan Kehormatan.
 
Sesi taklimat bersama YB Timbalan Menteri KPKT turut diadakan di Bilik Mesyuarat Tanjung, Ibu Pejabat JBPM setelah selesai menandatangani Buku Pelawat.
 
English EN Malay MS
Skip to content