337143640 602010715113411 5879228815777992341 n 1

Majlis Pelepasan (Flag Off) Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke Johor

PUTRAJAYA, 21.3.2023: YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menghadiri Majlis Pelepasan (Flag Off) Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir ke Johor pagi ini yang diadakan di Dataran Putra, Putrajaya.
Upacara Flag Off ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim serta disaksikan oleh Dif-Dif Kehormat dan Tetamu Jemputan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Pasukan Bomba tidak terkecuali dalam penglibatan sebagai Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir ke Johor.
Semoga segala urusan dan perjalanan semua Pasukan Sukarelawan ke Negeri Johor dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang hendaknya.
English EN Malay MS
Skip to content