336797096 121828980753840 4040569648299524857 n

Kunjungan Hormat Presiden Cuepacs Ke Atas Ketua Pengarah JBPM

PUTRAJAYA, 21.3.2023: YBhg. Dato’ Dr Haji Adnan bin Mat, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah hadir ke Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengadakan sesi Kunjungan Hormat ke atas YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM.

Dalam pertemuan tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah berkisar kepada isu kebajikan dan kemudahan yang diperolehi oleh pegawai serta anggota. Beliau yang hadir bersama beberapa pegawainya turut berkongsi pendapat dan pandangan tentang perkhidmatan dan juga penugasan kerja bersama agensi yang lain serta professionalisme pegawai Bomba dalam mendepani cabaran di masa hadapan dan penglibatan jabatan dalam pembangunan negara.

Turut terlibat dalam sesi perbincangan tersebut adalah barisan Perwakilan Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM), YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM serta beberapa pegawai kanan Ibu Pejabat.

English EN Malay MS
Skip to content