346629640 735514511699664 29084175844047222 n 3

Majlis Hi-Tea Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023

BANDA HILIR, 13.5.2023: Majlis Hi-Tea Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 bersama Tetamu Kehormat Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah diadakan di Hatten Hotel, Melaka.

Kehadiran beliau telah disambut oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Pengurusan Tertinggi JBPM dan KPKT.

Turut hadir dalam majlis Hi-Tea itu adalah pegawai kanan JBPM dan KPKT, pegawai Kerajaan Negeri Melaka serta dif-dif jemputan.

Klik di sini untuk melihat gambar penuh

English EN Malay MS
Skip to content