eksa 2

Lawatan Penanda Aras EKSA ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

KHAMIS, 11 MEI 2023 –Jawatankuasa Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Perbendaharaan Malaysia telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Ibu Pejabat
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Presint 7, W.P.Putrajaya.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan perlaksanaan EKSA di JBPM, selain perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan amalan EKSA di JBPM.

Sesi lawatan tersebut diketuai oleh Puan Nor Hazlina binti Abdul Aziz, dan disertai oleh seramai 30 orang pegawai dari Perbendaharaan Malaysia yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA di organisasi tersebut.

Dengan penganjuran lawatan ini, diharapkan dapat memberi inspirasi dan membantu pihak Perbendaharaan Malaysia dalam menambahbaik pelaksanaan EKSA, dan dalam masa yang sama dapat mewujudkan hubungan baik antara kedua organisasi.

JBPM juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas kesudian Perbendaharaan Malaysia memilih Ibu Pejabat JBPM sebagai lokasi lawatan.

Klik di sini untuk melihat gambar penuh

English EN Malay MS
Skip to content