28 Julai 2024 , Ahad – YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melaksanakan Lawatan Kerja Ke Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Kuala Terengganu pada pagi ini.
Di dalam amanat yang disampaikan oleh YAS Ketua Pengarah, beliau menyatakan agar semua pegawai dan anggota perlulah mengekalkan ‘fitness’ agar sentiasa dalam keadaan bersedia dari segi kesihatan dan mental.YAS Ketua Pengarah juga menasihatkan agar berhati-hati ketika menjalankan tugas dan mengutamakan keselamatan.
Pada masa sama, YAS Ketua Pengarah juga memaklumkan kepada semua yang hadir, berkaitan proses penerimaan jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT), refurbished jentera dan penambahkaikan pada Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB).