22.11.2023: Sebuah kereta jenis Toyota Vios mengalami kebakaran di Taman Seri Tambun, Perak, berdekatan dengan Balai Polis Tambun.
Pihak Bomba dimaklumkan tentang kejadian tersebut pada jam 1.54 pagi dan menggerakkan pasukan Bomba daripada BBP Tambun untuk ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi, kenderaan tersebut telah terbakar dianggarkan 50% daripada keseluruhan bahagian. Namun tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.
Operasi pemadaman telah dijalankan sehingga selesai.