21.11.2023: JBPM Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 pagi tentang kebakaran yang berlaku di sebuah kilang tepung di Kampung Tumbuk, Sepang, Selangor.
Pasukan Bomba daripada BBP Banting serta bantuan BBP Kota Anggerik telah digerakkan ke lokasi kejadian. Menurut Komander Operasi, bangunan yang terlibat dengan kebakaran itu adalah berkeluasan 100×50 kaki per segi dan terbakar sehingga 20% daripada keluasan yang dinyatakan.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa.
Balai Bomba & Penyelamat Banting, Kuala Langat
Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Anggerik, JBPM Selangor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor