2.2.2024: Pada jam 1:05 pagi ini, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejutkan dengan panggilan kebakaran rumah melalui talian terus ke balai yang berlaku di Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah.
Pasukan bertugas daripada balai tersebut seramai 32 orang telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus panggilan di terima bersama 2 jentera FRT, jentera water tanker, kenderaan Unit EMRS, kenderaan utiliti Perodua Kembara serta 3 motosikal Unit RIM.
Bantuan daripada BBP Lintas turut digerakkan ke lokasi kejadian seramai 10 orang anggota bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS Menurut Komander Operasi, PPgB Mohammad Hannis bin Moktar, 4 buah rumah setinggan atas air jenis tidak kekal telah terbakar.
3 buah rumah berukuran 25X25 kaki dan sebuah rumah berukuran 20X20 kaki.
Turut terbakar 2 buah kenderaan iaitu Toyota Hilux yang terbakar 10% dan Perodua Alza terbakar 5% akibat terkena bahangan.
Pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan kaki sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
Operasi terkawal pada jam 1:45dan tamat sepenuhnya pada jam 4:30 pagi.
Tiada mangsa yang terlibat dilaporkan setakat ini. Agensi lain yang turut berada di lokasi adalah pihak SESB dan PDRM.
BalaI Bomba Dan Penyelamat Lintas