5.2.2024: YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menghadiri Program Pelancaran Keselamatan PLUS Bersama Komuniti Lebuhraya Tahun 2024.
Program yang diadakan di Dewan Persada PLUS, Petaling Jaya, Selangor itu dihadiri oleh YBhg. Datuk Nik Airina binti Nik Jaafar, Pengarah Urusan PLUS serta YBhg. Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS.
Dengan Motto “Safer Tomorrow , Starting Today”, program itu turut dihadiri oleh pegawai daripada PDRM, JPJ, LLM, MIROS, IPTA/IPTS serta orang awam.