2022 03 01 160227

Harungi banjir bawa keluar jenazah mangsa COVID

TUMPAT: Anggota pasukan petugas COVID-19 terpaksa mengharungi banyak laluan ditenggelami air banjir dalam usaha mereka membawa keluar jenazah seorang mangsa COVID-19 yang meninggal dunia di Kampung Padang Mandol di sini, hari ini.

Dalam keadaan memakai pakaian pelindung diri (PPE), tugas mereka mengusung jenazah bertambah sukar kerana mangsa, Mohd Zuhdi Hassan Bashari, 37, adalah penghidap obesiti yang mempunyai berat badan kira-kira 200 kilogram (kg).

Dengan menaiki lori bomba, sepasukan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat dibantu anggota polis meredah lebih 10 kawasan dilimpahi air sebelum tiba di rumah mangsa yang meninggal dunia jam 7.30 pagi tadi.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran PKD Tumpat, Mohamad Zawawi Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu dan segera menghubungi bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor untuk meminta bantuan logistik.”Kami hanya dimaklumkan laluan ke rumah mangsa tidak dapat dilalui kenderaan ringan dan mangsa bersaiz besar namun tidak menjangkakan kesukaran sebenar yang dihadapi.

“Sebaik tiba, mangsa terbaring di ruang dapur dan kami berlapan segera mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk melakukan tugas berkaitan.”Tugas mengusung jenazah perlu dibuat secara berhati-hati kerana terpaksa mengubahsuai dengan menambahkan beberapa batang besi untuk mengukuhkan pengusung,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Urusan mengurus dan membawa keluar mangsa mengambil masa lebih satu jam sebelum dibawa ke Hospital Tumpat.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Nurul Shuhada Yahya, 29, berkata abang iparnya itu tidak mempunyai penyakit kronik kecuali gastrik dan sukar bernafas yang disebabkan obesiti.

Beliau berkata, abang iparnya itu tidak bekerja berikutan keadaan kesihatannya dan hanya berada di rumah menyebabkan mereka sekeluarga tidak menjangkakan dia dijangkiti COVID-19.

“Dia mengalami batuk sejak tiga hari lalu dan hanya makan ubat batuk, namun keadaannya tidak juga sembuh.

“Pagi tadi dia masih mampu bercakap, namun tidak lama kemudian disedari sudah tidak sedarkan diri sebelum dia disahkan meninggal dunia kerana COVID-19,” katanya.

Kredit sumber : BH Online

Oleh Siti Rohana Idris – Mac 1, 2022 @ 3:47pm bhnews@bh.com.my

toto togel scatter mahjong cie4d sakutoto onictoto toto slot pengeluaran macau data sdy slot thailand situs toto slot zeus situs toto toto slot pawpaw4d Toto macau onictoto cie4d vartoto vartoto sakutoto public88 https://casitasdelasierra.com/ situs toto rans303 https://www.thistlechangeyou.com/ nasatoto bumispin pengeluaran macau Scatter Hitam situs toto Situs Toto live sdy live hk lotto data hk lotto ADASLOT slot 4d slot gacor kedai168 hoki138 Slot Online https://kemenpppa.com/ situs toto situs toto xtoto toto slot slot88 slot toto

slot bola

situs slot gacor slot qris toto togel toto togel slot88 toto slot toto macau situs toto vartoto slot toto slot gacor slot gacor keluaran macau mixparlay slot gacor slot gopay max33 เว็บพนัน togel bet 100 amavi5d sesetoto
Skip to content