KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang ditempatkan di 157 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Selangor meningkat kepada 26,142 membabitkan 7,386 keluarga setakat tengah hari ini.Berdasarkan laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat daripada 7,625 mangsa membabitkan 2,483 keluarga pagi tadi kepada 8, 606 mangsa (2,896 keluarga), jam 12 tengahari ini.
Peningkatan itu membabitkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa PPS di daerah Pasir Mas dan Kuala Krai.
Bagaimanapun, di Terengganu, jumlah mereka yang dipindahkan ke PPS menunjukkan penurunan daripada 17, 725 individu daripada 4, 550 keluarga pagi tadi kepada 17, 522 mangsa (4,487) jam 12 tengahari ini. Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Selangor kekal 14 orang setakat ini.
Kredit sumber : BH Online