7.12.2023: JBPM Negeri Perak menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 5.17 petang yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Timur Barat dari Tasek Banding ke Gerik, Perak.
Pasukan Bomba daripada BBP Gerik telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Komander Operasi, PPgB Azizan bin Aziz melaporkan, kemalangan itu melibatkan sebuah lori treler yang membawa muatan habuk kayu dengan sebuah kereta Proton Wira.
Terdapat 2 orang lelaki telah tersepit di dalam kereta tersebut. Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan utk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
Namun, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 30an itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas KKM. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.