5.12.2023: Pada jam 11.40 malam, JBPM Negeri Kedah menerima panggilan tentang kejadian banjir yang berlaku di Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah.
Pasukan Bomba daripada BBP Sik telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan di terima.
Komander Operasi, PPgB Zulkhairi bin Mat Tanjil melaporkan, kejadian banjir yang berlaku itu telah menyebabkan 2 buah rumah terjejas. Terdapat 6 orang mangsa telah berpindah sendiri ke rumah saudara berhampiran.
Pasukan Bomba yang hadir telah menjalankan operasi pemantauan di kawasan berhampiran.