KUALA LUMPUR, 05.10.2023 – Anggota bersama jentera dari BBP Bandar Tun Razak dan BBP Sungai Besi bergegas ke alamat Blok 4 tingkat 10, Apartment Desa Tun Razak setelah terima panggilan kecemasan kebakaran rumah pada jam 10.59 malam.
Kebakaran tersebut berpunca daripada kebocoran gas LPG yang mengakibatkan berlakunya letupan sekaligus menyebabkan kerosakan pada rumah tersebut dan 2 buah rumah berhampiran. Kebakaran telah dipadam oleh orang awam sebelum Pasukan Bomba tiba di lokasi .
Terdapat seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan melecur hampir 30%. Mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk tindakan lanjut.