KLANG, SELANGOR, 03.10.2023 – PGO Selangor terima panggilan kecemasan pada jam 7.58 malam mengenai kebakaran gudang di Kilang Styrene Foam, 35 Lebuh Sultan Mohamed 1, Kawasan Industri, Bandar Sultan Suleiman, Klang, Selangor sekaligus menggerakkan keanggotaan dan jentera dari BBP Selayang, BBP Kota Raja, BBP Andalas, BBP Kota Anggerik, BBP Shah Alam dan BBP Damansara ke lokasi.
Menurut Komander Operasi, kebakaran melibatkan sebuah gudang Kelas A berkeluasan 200×100 kaki terbakar hampir 80% namun tiada mangsa dilaporkan terlibat. Punca kebakaran masih dalam siasatan.