19.1.2024: JBPM Negeri Perak menerima panggilan pada jam 5.19 pagi tentang kebakaran sebuah bas yang berlaku di KM 375.4 menghala ke arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Slim River, Perak.
Bertindak atas maklumat, Pasukan Bomba daripada BBP Slim River telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sejurus panggilan diterima.
Bantuan daripada BBP Tanjung Malim turut digerakkan bagi melancarkan operasi kebombaan.Menurut Komander Operasi, PBK II Isma Mohamad Ubadullah, ketika pihak tiba di lokasi, bas tersebut merupakan bas ekspres 2 tingkat dan telah mengalami kebakaran dianggarkan sehingga 80%.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat.Adalah difahamkan, bas tersebut yang membawa 17 orang penumpang iaitu 14 lelaki dan 3 perempuan, sedang dalam perjalanan dari Johor menuju ke utara tanah air.Pihak
Bomba yang tiba di lokasi telah menjalankan operasi pemadaman kebakaran pada bas tersebut sehingga selesai. Kebakaran dapat di kawal pada jam 5.50 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 7.23 pagi.