Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 7:45 petang yang memaklumkan berlaku kebakaran rumah di Jalan Benteng Barat, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.
Pasukan Bomba seramai 40 orang daripada BBP Jinjang, BBP Gombak Selatan, BBP Menjalara dan BBP Jalan Hang Tuah telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama 4 jentera FRT, 1 jentera “water tanker”, 1 jentera ALP dan kenderaan Unit EMRS sejurus panggilan diterima.
Menurut Komander Operasi Kanan, TPgB II Mohamad Hasbullah Naimi bin Mahmood, kebakaran itu melibatkan dua buah rumah semi-D berkeluasan 20×80 kaki persegi.
Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman secara “offensive & defensive” bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan rumah berhampiran.
Kemusnahan kebakaran dianggarkan 90% bagi rumah pertama dan 70% bagi rumah kedua. Kebakaran dapat dikawal pada jam 8:19 malam dan padam sepenuhnya pada jam 10:33 malam.
Komander Operasi turut melaporkan, terdapat seorang lelaki berusia 44 tahun telah mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan.
Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Bomba Unit EMRS dan dihantar ke Hospital Selayang.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Hang Tuah