2022 11 08 155255

493 mangsa banjir dipindah ke 5 PPS

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi – November 5, 2022 @ 12:38pm
bhnews@bh.com.my

TAIPING: Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir yang meningkat kepada 493 orang daripada lapan kampung di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) setakat jam 11.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata lima PPS yang dibuka adalah Masjid Changkat Ibol yang menempatkan 264 mangsa, Masjid Batu 8 (138), Sekolah Kebangsaan (SK) Abdullah (42), Surau Kampung Perak (12) dan SK Matang Gelugor (37).

Selain itu, lapan kampung yang dilanda banjir adalah Kampung Bukit Cempedak, Changkat Ibol, Kampung Ceh, Batu 8 Bendang Siam, Kampung Senduk Hulu, Changkat Ning, Kampung Jaha dan Kampung Matang Gelugor.

Sementara itu, PPS Tengah yang dibuka pada jam 5 pagi tadi dan menempatkan enam mangsa ditutup pada jam 9 pagi.

Jurucakap JBPM Perak berkata, keadaan banjir di beberapa kawasan mencatatkan penurunan dan pihaknya masih membuat pemantauan berterusan di lokasi.

Kredit Sumber : BH Online

 

English EN Malay MS
Skip to content