2022 11 01 101014

33 tong berisi cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng

Oleh Balqis Jazimah Zahari – November 1, 2022 @ 2:57am
bhnews@bh.com.my

GOPENG: Sebanyak 33 tong berisi bahan kimia yang dipercayai dibuang secara haram, ditemui di kawasan lapang berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.01 petang memaklumkan kejadian itu sebelum anggota ke lokasi melakukan pemeriksaan.

Katanya, operasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng itu dibantu BBP Simpang Pulai, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) BBP Pasir Puteh, polis serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Pasukan mendapati ada 33 tong dibuang secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab, di kawasan lapang.

“Semua tong berkenaan didapati bocor. Setiap tong itu mengandungi 20 peratus cecair di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Katanya, pasukan bomba yang tiba kemudian melakukan ‘size up’ dan ‘cordon area’.

“Pasukan HAZMAT membuat pengesanan dan pensampelan di tempat kejadian. Operasi diteruskan dengan menutup cecair terdedah itu menggunakan pasir.

“Tindakan pengesanan dibuat sekali lagi bagi memastikan tiada lagi bahan berbahaya, dan operasi tamat pada jam 8.30 malam,” katanya.

Kredit sumber : BH Online

English EN Malay MS
Skip to content