12.2.2024: Pada jam 8:25 malam, JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan tentang kebakaran bangunan yang berlaku di Jalan Ledang, Taman Johor, Johor Bahru, Johor.
Pasukan Bomba daripada BBP Larkin seramai 20 orang telah bergegas ke lokasi kejadian serta dibantu oleh BBP Kempas seramai 8 orang dengan membawa 3 jentera FRT, 2 kenderaan Unit EMRS dan 3 motosikal Unit RIM sebaik sahaja panggilan diterima.
Komander Operasi: TPgB I Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal melaporkan, kebakaran itu melibatkan 2 buah rumah teres 1 tingkat dan sebuah tadika serta menyebabkan 4 buah motosikal turut terbakar. Terdapat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah mengalami melemur tahap 2 di bahagian kepala dalam kebakaran itu.
Mangsa dikatakan sedang tidur ketika kebakaran sedang berlaku dan diselamatkan oleh orang awam.
Apabila pasukan Bomba tiba, mangsa telah diberikan perawatan awal oleh anggota Unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pasukan Bomba telah bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan sumber air daripada pili Bomba berhampiran sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.
Kebakaran yang berlaku telah menyebabkan tadika tersebut mengalami kemusnahan sehingga 30%. Manakala 2 buah rumah yang terlibat mengalami kemusnahan 5% dan 90%.
3 motosikal yang terlibat mengalami kemusnahan 80% dan lebih.
Sebuah lagi mengalami kebakaran 5%.Setelah operasi pemadaman selesai.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.46 malam.
Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas