kepala air jitra

18 pusat peranginan di Kedah dikenal pasti berisiko alami kejadian kepala air

18 pusat peranginan di Kedah dikenal pasti berisiko alami kejadian kepala air
Oleh Zuliaty Zulkiffli dan Noorazura Abdul Rahman – November 11, 2021 @ 12:00pm
bhnews@bh.com.my

Changlun: Fenomena kepala air yang melanda kawasan rekreasi Bukit Wang di Jitra malam kelmarin, turut menyebabkan kawasan perkelahan di Surau Batu Sungai Changlun, di sini, dinaiki air.

Hasil tinjauan bersama pegawai bomba Kedah mendapati paras air di kawasan perkelahan itu meningkat sehingga tiga meter menyebabkan air memenuhi kawasan tebing sedalam 0.5 meter.

Ketika kejadian, dua keluarga terdiri daripada tujuh kanak-kanak dan empat dewasa yang bermalam di kawasan perkhemahan itu bagaimanapun terselamat.
Selain itu, tujuh individu yang terdiri daripada empat dewasa dan tiga kanak-kanak dalam satu keluarga juga berjaya menyelamatkan diri. Terdahulu, mereka turut memuat naik kejadian itu melalui laman sosial Facebook.

Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.27 malam.

Beliau berkata, operasi disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kedah.

“Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan melalui Sistem MERS 999 bantuan menyelamat mangsa terkandas di atas bukit berdekatan surau pusat peranginan akibat daripada kepala air. Komander operasi melaporkan semua mangsa berada di atas bukit pada ketinggian dianggar hampir dua kilometer dari jalan utama.

“Komander operasi naik ke atas bukit dengan ATV milik penduduk kampung untuk mendapatkan mangsa dan mendapati semua dalam keadaan selamat. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.02 tengah malam,” katanya.

Setakat petang semalam, katanya, dua keluarga yang berkhemah di kawasan itu masih berada di Surau Batu Sungai Changlun, namun paras air semakin surut dan terkawal disebabkan tiada hujan.

“Kita juga sudah memberi nombor telefon balai bomba terdekat dan jika berlaku lagi fenomena kepala air, mereka boleh hubungi terus bomba untuk memudahkan penyelamatan. Satu lagi keluarga adalah penduduk setempat, namun kita akan salurkan juga bantuan sekiranya kejadian berulang,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 18 lokasi di Kedah dikenal pasti berisiko berlaku kejadian kepala air, terutama ketika musim hujan, termasuk Sungai Ketil di Baling, Sungai Empangan Pedu di Kuala Nerang, Titi Hayun dan air terjun Batu Hampar di Yan, air terjun Junjung di Kulim, Pusat Rekreasi Tupah di Merbok, Air Terjun Temurun, Jalan Datai di Langkawi dan Hutan Lipur Lubuk Semilang di Langkawi.

Fenomena kepala air pernah melanda kawasan Gunung Jerai dan Titi Hayun pada 18 Ogos lalu yang mengorbankan enam mangsa.

Di Alor Setar, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhamad Abdullah, berkata pihaknya menutup serta merta semua Taman Eko Rimba di bawah pengurusan jabatan itu, termasuk Bukit Wang.

Beliau berkata, kepala air di Bukit Wang, iaitu di Kompartmen 24, Hutan Simpan Bukit Perangin adalah akibat kadar taburan hujan yang tinggi, bukan kerana pembalakan hasil tinjauan anggota JPNK di tempat kejadian.

Muhamad turut meminta orang ramai tidak mengunjungi kawasan Taman Eko Rimba buat sementara bagi mengelak kejadian tidak diingini.

‘Kejadian kepala air paling teruk’

Jitra: “Ini kejadian kepala air paling teruk hinggakan air naik sampai ke kawasan tempat perkelahan di Surau Batu Sungai Changlun,” kata Wan Azlan Wan Rozali, 27.

Beliau yang mengendalikan aktiviti kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), berkata kejadian pertama fenomena kepala air adalah minggu lalu, namun hanya di kawasan sungai dan tidak menyebabkan banjir.

“Saya hanya tahu ada mangsa terperangkap di sini selepas dimaklumkan rakan yang ternampak kejadian tular melalui Facebook. Saya terus beri bantuan kepada pasukan bomba dengan membawa mereka masuk menggunakan ATV milik saya ke kawasan ini.

“Ini kerana jentera atau kenderaan bomba tidak boleh masuk berikutan jalan sempit,” katanya ketika ditemui di lokasi perkhemahan Surau Batu Sungai Changlun, di sini, malam kelmarin.

Wan Azlan berkata, sebelum kejadian, beliau sedang berehat di kawasan tapak ATV tidak jauh dari kawasan perkhemahan itu.

“Berdasarkan cerita mangsa, mereka akui sangat cemas dan panik kerana tidak pernah alami kejadian seperti ini,” katanya.

Skip to content
toto togel sakutoto onictoto slot thailand situs toto slot zeus situs toto toto slot pawpaw4d Toto macau onictoto cie4d vartoto vartoto sakutoto public88 https://casitasdelasierra.com/ rans303 https://gcinfantmortality.org/ nasatoto bumispin Situs Toto live sdy live hk lotto data hk lotto ADASLOT slot 4d Slot Online https://kemenpppa.com/ situs toto toto slot slot toto situs slot gacor slot qris toto togel slot88 toto slot toto macau situs toto slot gacor slot gacor keluaran macau mixparlay slot gacor slot gopay max33 เว็บพนัน togel bet 100 amavi5d sesetoto toto slot slot gacor 777 situs toto togel slot onictoto data hk lotto bola toto slot sontogel slot gacor malam ini https://ppid.pasuruankota.go.id situs toto situs slot situs toto situs toto situs toto situs toto Situs Toto bandar toto macau data sdy lotto situs toto Situs Toto Situs Toto situs toto situs toto situs toto situs toto Situs toto Situs Slot Toto Slot slot gacor toto slot scatter hitam BOCORAN TOGEL https://www.dgsmartmom.com/ situs toto situs toto Situs Toto toto slot Situs Slot Situs Toto toto slot situs toto toto slot toto slot slot toto toto slot toto slot toto slot https://wonderfulgraffiti.com/ https://www.prathersdc.com/ toto slot https://guidemtlnord.com/ https://www.fhycs.unju.edu.ar/ Toto Slot Slot Togel rans303 RP888 situs toto toto slot toto togel situs toto situs toto 8kuda4d slot online SAPITOTO Toto macau situs toto situs toto situs toto situs toto situs toto situs toto slot 4d situs togel resmi toto 4D slot gacor titi4d situs toto licin4d karatetoto karatetoto toto togel mma128 situs toto situs toto Winsortoto situs toto togel online https://pleasureamsterdamescort.com/ slot gacor terbaru https://fyionbelize.com/ neototo situs toto slot 4d slot gacor ROGTOTO PITUNGTOTO situs toto kiostoto kiostoto gila4d gila4d shiokelinci4d shiokelinci4d situs toto toto slot toto slot gacor situs toto toto slot toto slot situs toto situs toto SITUS TOTO ajo89 ajo89 ajo89 ajo89 ajo89 situs toto toto slot ajo89 slot gacor hari ini slot online gila4d RP888 ROGTOTO situs toto neototo toto slot slot slot thailand slot gacor edctoto jnbet mahjong neototo toto togel slot dana gacor slot gacor situs togel situs toto toto slot toto slot situs toto toto togel toto slot OCE69 slot 4d situs toto situs toto SUMSELTOTO situs toto wikatogel arahtogel toto gacor situs toto rans303 RP888 BRI303 8kuda4d toto slot situs toto https://www.sierradesanfrancisco.inah.gob.mx/btoto/ ayamtoto situs toto toto slot situs toto toto 4d situs toto toto slot dvtoto dvtoto pucuk4d ts77casino japan168 wikatogel slot gacor ACEH4D batakslot benteng786 sumseltoto situs slot gacor slot toto slot gacor toto macau berita terhangat slot gacor slot gacor sumseltoto https://www.codebeamcorunha.es/ sumseltoto slot gacor toto slot sumseltoto ARAHTOGEL JURUTOGEL jmkbet