Soalan Lazim - BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN Halaman 2

Pengemukaan pengiraan Automatic Gaseous Fire Suppression System (AGFSS) kepada JBPM dibuat setelah lantikan kontraktor dilaksanakan. Bagaimanapun pengiraan bagi sistem yang lain seperti hose reel, wet riser dan sistem sprinkler hendaklah dikemukakan di peringkat awal bersekali dengan pelan M&E. 

Selepas perlantikan kontraktor, pelan lengkap AGFSS seperti pelan skematik, isometrik dan pengiraan hendaklah dikemukakan dengan segera.

Tiada pengecualian diberikan memandangkan Fire Escape Bed Lift (FEBL) adalah mengikut undang-undang kecil (uuk) 224A Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2021) yang diwartakan pada 31 Disember 2021. 

Mengikut uuk 224A, hospital yang mempunyai ketinggian melebihi 1 tingkat hendaklah disediakan sekurang-kurangnya 2 unit Fire Escape Bed Lift (FEBL). 

Keperluan FEBL hanya untuk hospital yang mempunyai wad sahaja tidak termasuk kemudahan kesihatan yang lain seperti klinik, makmal dan lain-lain.

Keperluan Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) adalah seragam diseluruh negara mengikut Jadual Kesepuluh UUKBS 1984 (Pindaan 2021).

Pemasangan fireman’s switch hendaklah mengikut UUK 240(1) & 240(2) UBBL 1984 (Pindaan 2021).

Berdasarkan pada uuk 240 fungsi firemen switch adalah untuk memutuskan bekalan tenaga elektrik di lantai atau zon berkenaan. Penggunaan contactor ataupun shunt trip adalah dibenarkan asalkan mematuhi UUK 240.

Pelan piawai (tanpa pelan tapak) diproses dan diperakukan di peringkat Ibu Pejabat JBPM dan boleh digunakan diseluruh negara. Pengemukakan pelan piawai yang telah diperakukan kepada JBPM negeri bersama pelan tapak yang menunjukkan akses perkakas bomba dan kedudukan pili bomba. Pihak JBPM negeri tidak perlu lagi memberikan ulasan bagi pelan piawai kecuali berkaitan akses dan pili bomba. 

Untuk akses bomba dan pili bomba, pihak JKR hendaklah berbincang dengan JBPM Negeri bagi penempatan kedua-dua perkara tersebut.

Jarak maksimum dari hos reel ke hose reel ditetapkan 50 meter kerana dengan jarak ini akan memenuhi liputan oleh hose reel berdasarkan MS 1489-1. Lokasi hose reel dirancang berdasarkan keseluruhan liputan (coverage) bagi hose reel yang boleh meliputi keseluruhan pelan lantai dan ditandakan di atas pelan arkitektural. 

Perkara-perkara berikut perlu diambil kira dalam merancang lokasi hose reel:

i. Laluan ke hose reel hendaklah tidak terhalang oleh apa-apa kelengkapan atau peralatan;

ii. Kedudukan dinding dalaman, partitions, storage racking dan lain-lain halangan yang boleh menghadkan liputan(coverage) hose reel.

Laporan ujian (test
report) pam menentang kebakaran daripada makmal ujian UL, FM dan MS 2616 adalah
diterima bagi tujuan mendapatkan Sijil Perakuan Keselamatan Kebakaran (sijil
bahan).

 Sehingga kini
terdapat 25 sijil Perakuan Keselamatan Kebakaran pam yang telah diluluskan oleh
JBPM seperti berikut:

No

Nama Syarikat

Bilangan Sijil diluluskan

Piawaian

1

Castle Norm Pumps S/B

5

MS 2616

2

Bosche Far East S/B

2

UL448

3

Yamanashi S/B

7

MS 2616

4

Synergy Corp Energy S/B

2

UL448

5

Mac Tech S/B

2

UL448

6

Ebara Pump

1

UL448

7

HL Energy

1

UL448

8

Melur Global

1

UL448/FM
1319/1312/1311

9

CRS Engineering S/B

1

UL448/FM 1319
/ 1312 / 1311

10

LTE Team Engineering S/B

1

MS 2616

11

ETA

2

UL448/FM 1319
/ 1312 / 1311

 

JUMLAH KESELURUHAN

25

 


Penetapan tolerance Grade 1U adalah mengikut ketetapan di dalam MS 2616. Oleh itu, pematuhan hendaklah berdasarkan MS 2616 sehingga pindaan dibuat terhadap piawaian tersebut.

Sehingga kini sebanyak 3 syarikat pam telah lulus ujian berdasarkan tolerance grade 1U seperti berikut:

No.

Nama Syarikat

Bilangan Pam yang lulus

Piawaian

Gred 1U

1.

Castle Norm Pumps S/B

5

MS 2616

Lulus

2.

LTE Team Engineering S/B

1

MS 2616

Lulus

3.

Yamanashi S/B

7

MS 2616

Lulus

 

 

 

 

 

Pendaftaran fire contractor adalah melibatkan isu perundangan iaitu Akta JBPM dalam proses mendapatkan pewartaan peraturan berkaitan pendaftaran fire contractor sebagai punca kuasa pelaksanaanya. Pada masa ini Peraturan tersebut telah dihantarkepada pejabat Peguam Negara untuk semakan dan akan dikuatkuasakan setelah ianya diwartakan.


­ – Kaedah Pemindahan (Evacuation Method)

­ – Keperluan refuge floor (kawasan/lantai perlindungan)

­ – Penggunaan lif untuk pemindahan kecemasan (evacuation lift)

­ – Keperluan bagi Tempat Berkumpul (Assembly area requirements)

Garis Panduan (GP) Pengungsian Bangunan yang sedia ada sedang ditambahbaik. Garis Panduan baharu akan mengambil kira kesemua perkara yang dicadangkan termasuklah pengunaan Evacuation Lift mengikut Piawaian Antarabangsa seperti NFPA, British Standard, Singapore Fire Code dan lain-lain.

Penggunaan standard bagi in-rack sprinkler (tambahan) adalah bergantung kepada penggunaan standard bagi sistem sprinkler sedia ada yang dipasang mengikut kelulusan asal. 

JBPM menekankan bahawa penggunaan standard merupakan pilihan designer
(submitting person), bagaimanapun Piawaian Malaysia hendaklah diutamakan
mengikut UUK 257, UUKBS 1984. Penggunaan standard selain Piawaian Malaysia,
hendaklah mendapatkan kebenaran dari JBPM.

Peraturan dan Garis Panduan bagi permohonan Perakuan Bomba dan Pembaharuan telah diwartakan pada 30 September 2020 iaitu Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) (Pindaan) 2020 P.U.(A) 290/2020.

Permohonan FC dan Pembaharuan boleh dibuat sendiri oleh Pemohon yang terdiri dari Pemunya, Penghuni atau Orang Yang Mempunyai Pengurusan Sepenuhnya ke atas Premis Ditetapkan. 

Keperluan lift landing door adalah tidak sama dengan pintu api kerana pintu lif tidak digunakan untuk tujuan laluan keluar. JBPM memaklumkan bahawa keperluan fire rated lift landing door adalah mengikut UUK 152.

JBPM telah mengeluarkan surat edaran berhubung ketetapan lift landing door seperti berikut pada 20/7/2017:

      i.        Lif landing door tanpa insulasi bagi lif yang membuka di dalam lobi terlindung;

    ii.        Lif landing door berinsulasi bagi lif yang membuka terus di dalam bangunan tanpa lobi terlindung.  

Kadar aliran air bagi wet riser adalah 500 lpm setiap landing valve dengan kadar maksimum 3 landing valve dibuka serentak. Tujuan utama 3 way landing valve di aras tertinggi adalah untuk tujuan ujian aliran air 1500 lpm dan bukannya untuk tujuan menentang kebakaran.

JBPM tiada halangan dengan jumlah aliran air bagi 3 way landing valve wet riser 2,250 lpm. Walaubagaimanapun, rekabentuk hendaklah mengikut MS 1489-2 dan sebarang perubahan terhadap aliran air hendaklah dibuat pindaan terhadap MS 1489-2 terlebih dahulu.

Peraturan dan Garis Panduan bagi permohonan Perakuan Bomba dan Pembaharuan telah diwartakan pada 30 September 2020 iaitu Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) (Pindaan) 2020 P.U.(A) 290/2020.

Permohonan secara berfasa dibenarkan sekiranya setiap fasa dilengkapi dengan sistem pepasangan keselamatan kebakaran yang berasingan mengikut fasa.

Pemohon dinasihatkan berbincang dengan JBPM berdasarkan kes demi kes(on a case-to-case basis).

Pelan Arkitektural (pasif) dan pelan M&E (aktif) merupakan instrumen penting bagi tujuan pemeriksaan, penguatkuasaan dan insurans. Oleh itu, pihak pemohon perlulah mengemukakan samada lukisan terbina (as-built drawing) atau lukisan terukur (measured drawing) pasif dan aktif kepada JBPM seperti proses biasa bagi tujuan semakan dan seterusnya diperakukan.

Mengikut MS 1910 apabila sesuatu bangunan dilengkapi sistem sprinkler maka keseluruhan bangunan perlu dipasang sprinkler melainkan beberapa bahagian yang dikecualikan mengikut klausa 4.1.1 & 4.1.2.

Oleh itu bilik suis perlu dipasang sistem sprinkler melainkan dilengkapi dengan sistem pemadaman yang lain yang setara dengan sistem sprinkler sekiranya keseluruhan bangunan dilengkapi sistem sprinkler.

Konsesi Pembekal Perkhidmatan SPKA telah disambung semula bermula 25/10/2021 hingga 24/10/2024. Surat pemakluman telah dikeluarkan pada 3/11/2021.

Untuk mendapatkan MS Document, anda boleh membelinya secara terus dengan hadir ke kaunter jualan di Jabatan Standard Malaysia (JSM) di Cyberjaya atau anda boleh membelinya dengan menghantar permohonan melaui email at sales@jsm.gov.my. Pembelian secara atas talian akan diadakan pada masa akan datang. Anda boleh memilih untuk membeli MS Document dalam bentuk PDF ataupun bercetak.
 
Berikut adalah standard yang dirujuk oleh JBPM selain daripada MS:
a. National Fire Protection Association (NFPA)
b. British Standard (BS)
c. European Standard (EN)
Semua premis yang dikategorikan sebagai Premis Ditetapkan memerlukan Perakuan Bomba. Ciri – ciri Premis Ditetapkan adalah sepertimana jadual berikut:
 
JADUAL PREMIS DITETAPKAN
 
Penggunaan Premis Saiz Tempat
1. Perpustakaan Melebihi 2000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)Keseluruhan Malaysia
2. Hospital dan Rumah Rawatan
(i) 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) 
 
(ii)    5 tingkat dan lebih
Keseluruhan Malaysia
3. Hotel
(i) Koridor terbuka – 100 bilik dan lebih bagi setiap blok
 
(ii) Reka bentuk lain – 
 
(a) 2 tingkat hingga 3 tingkat dengan 101 bilik dan lebih
 
(b) 4 tingkat dan lebih dengan 51 bilik dan lebih
Keseluruhan Malaysia
4. Asrama dan Dormitori
(i)     Koridor terbuka – 
 
(a) 10 tingkat dan lebih atau 5000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)  
 
(ii)    Reka bentuk lain –
 
(a) 6 tingkat dan lebih atau 3000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
Keseluruhan Malaysia
5. PejabatKetinggian 30 meter dan lebih atau 10,000 meter persegi dan lebih (jumlah keluasan lantai kasar) 
6. Kedai2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) 
7. Kilang
(i) 1 tingkat – 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) dan yang terpasang sistem semburan automatik;
 
(ii)       2 tingkat dan lebih – 2000 meter persegi dan
             lebih (keluasan jumlah lantai) dan yang
             terpasang sistem semburan automatik;
 
(iii)      Kompleks kilang – Proses berbahaya 
Keseluruhan Malaysia
8. Tempat Perhimpunan
(i) Bangunan di bawah aras pelepasan diri 1000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
 
(ii) Tempat perhimpunan 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
Keseluruhan Malaysia
9. Storan dan Am
(i) Tempat letak kereta bawah tanah 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) dan yang terpasang sistem semburan automatik
 
(ii)1000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) atau 7000 meter padu dan lebih dan yang terpasang sistem semburan automatik
Keseluruhan Malaysia

 

 
 
 

Penguatkuasaan pam kebombaan mempunyai sijil Pepasangan Keselamatan Kebakaran telah dikuatkuasakan pada 13/4/2021. Ianya terpakai kepada semua projek samada kerajaan dan swasta.

Mengikut BS 7671: Requirement for Electrical Installation, Toggle Fireman Switch hendaklah berada di posisi OFF dan berada di bahagian atas fireman switch.

Mengikut MS 1910 apabila sesuatu bangunan dilengkapi sistem sprinkler maka keseluruhan bangunan perlu dipasang sprinkler melainkan beberapa bahagian yang dikecualikan mengikut klausa 4.1.1 & 4.1.2.

Oleh itu bilik suis bagi bangunan yang dilengkapi sistem sprinkler perlu dipasang pada keseluruhan bangunan melainkan telah dilengkapi dengan sistem pemadaman yang lain setara dengan sprinkler.

Sekiranya bilik suis tersebut berada dalam bangunan yang tidak dilengkapi dengan sistem sprinkler maka ianya tidak diperlukan pemasangan sistem pepasangan tetap gas kecuali ditentukan oleh pihak berkepentingan contohnya TNB.

JBPM boleh menerima pakai CPC yang dikeluarkan oleh JKR bagi permohonan perakuan bomba sekiranya pelan-pelan arkitektural dan M&E premis-premis yang berkaitan telah diperakukan oleh JBPM.

Tujuan perakuan bomba dikeluarkan adalah untuk memastikan sistem pepasangan keselamatan kebakaran yang dipasang pada premis berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2021 telah digazetkan pada 31/12/2021.

JBPM akan mengadakan sesi penerangan kepada pegawai-pegawai bomba dan pemain industri  khususnya PSP dan SP dalam masa terdekat.

English EN Malay MS
Skip to content