Soalan Lazim - BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN Halaman 2
Pengemukaan pengiraan Automatic Gaseous Fire Suppression System (AGFSS) kepada JBPM dibuat setelah lantikan kontraktor dilaksanakan. Bagaimanapun pengiraan bagi sistem yang lain seperti hose reel, wet riser dan sistem sprinkler hendaklah dikemukakan di peringkat awal bersekali dengan pelan M&E.
Selepas perlantikan kontraktor, pelan lengkap AGFSS seperti pelan skematik, isometrik dan pengiraan hendaklah dikemukakan dengan segera.
Keperluan Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) adalah seragam diseluruh negara mengikut Jadual Kesepuluh UUKBS 1984 (Pindaan 2021).
Pemasangan fireman’s switch hendaklah mengikut UUK 240(1) & 240(2) UBBL 1984 (Pindaan 2021).
Berdasarkan pada uuk 240 fungsi firemen switch adalah untuk memutuskan bekalan tenaga elektrik di lantai atau zon berkenaan. Penggunaan contactor ataupun shunt trip adalah dibenarkan asalkan mematuhi UUK 240.
Pihak berkenaan boleh merujuk Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibu pejabat sekiranya ada sebarang pertanyaan.
Pelan piawai (tanpa pelan tapak) diproses dan diperakukan di peringkat Ibu Pejabat JBPM dan boleh digunakan diseluruh negara. Pengemukakan pelan piawai yang telah diperakukan kepada JBPM negeri bersama pelan tapak yang menunjukkan akses perkakas bomba dan kedudukan pili bomba. Pihak JBPM negeri tidak perlu lagi memberikan ulasan bagi pelan piawai kecuali berkaitan akses dan pili bomba.
Untuk akses bomba dan pili bomba, pihak JKR hendaklah berbincang dengan JBPM Negeri bagi penempatan kedua-dua perkara tersebut.
Jarak maksimum dari hos reel ke hose reel ditetapkan 50 meter kerana dengan jarak ini akan memenuhi liputan oleh hose reel berdasarkan MS 1489-1. Lokasi hose reel dirancang berdasarkan keseluruhan liputan (coverage) bagi hose reel yang boleh meliputi keseluruhan pelan lantai dan ditandakan di atas pelan arkitektural.
Perkara-perkara berikut perlu diambil kira dalam merancang lokasi hose reel:
i. Laluan ke hose reel hendaklah tidak terhalang oleh apa-apa kelengkapan atau peralatan;
ii. Kedudukan dinding dalaman, partitions, storage racking dan lain-lain halangan yang boleh menghadkan liputan(coverage) hose reel.
Laporan ujian (test
report) pam menentang kebakaran daripada makmal ujian UL, FM dan MS 2616 adalah
diterima bagi tujuan mendapatkan Sijil Perakuan Keselamatan Kebakaran (sijil
bahan).
Sehingga kini
terdapat 25 sijil Perakuan Keselamatan Kebakaran pam yang telah diluluskan oleh
JBPM seperti berikut:
No | Nama Syarikat | Bilangan Sijil diluluskan | Piawaian |
1 | Castle Norm Pumps S/B | 5 | MS 2616 |
2 | Bosche Far East S/B | 2 | UL448 |
3 | Yamanashi S/B | 7 | MS 2616 |
4 | Synergy Corp Energy S/B | 2 | UL448 |
5 | Mac Tech S/B | 2 | UL448 |
6 | Ebara Pump | 1 | UL448 |
7 | HL Energy | 1 | UL448 |
8 | Melur Global | 1 | UL448/FM |
9 | CRS Engineering S/B | 1 | UL448/FM 1319 |
10 | LTE Team Engineering S/B | 1 | MS 2616 |
11 | ETA | 2 | UL448/FM 1319 |
| JUMLAH KESELURUHAN | 25 | |
Penetapan tolerance
Grade 1U adalah mengikut ketetapan di dalam MS 2616. Oleh itu, pematuhan
hendaklah berdasarkan MS 2616 sehingga pindaan dibuat terhadap piawaian
tersebut.
Sehingga kini sebanyak 3 syarikat pam telah lulus ujian berdasarkan tolerance
grade 1U seperti berikut:
No. | Nama Syarikat | Bilangan Pam yang lulus | Piawaian | Gred 1U |
1. | Castle Norm Pumps S/B | 5 | MS 2616 | Lulus |
2. | LTE Team Engineering S/B | 1 | MS 2616 | Lulus |
3. | Yamanashi S/B | 7 | MS 2616 | Lulus |
Pendaftaran fire contractor adalah melibatkan isu perundangan iaitu Akta JBPM dalam proses mendapatkan pewartaan peraturan berkaitan pendaftaran fire contractor sebagai punca kuasa pelaksanaanya. Pada masa ini Peraturan tersebut telah dihantarkepada pejabat Peguam Negara untuk semakan dan akan dikuatkuasakan setelah ianya diwartakan.
– Kaedah Pemindahan (Evacuation Method)
– Keperluan refuge floor (kawasan/lantai perlindungan)
– Penggunaan lif untuk pemindahan kecemasan (evacuation lift)
– Keperluan bagi Tempat Berkumpul (Assembly area requirements)
Garis Panduan (GP) Pengungsian Bangunan yang sedia ada sedang ditambahbaik. Garis Panduan baharu akan mengambil kira kesemua perkara yang dicadangkan termasuklah pengunaan Evacuation Lift mengikut Piawaian Antarabangsa seperti NFPA, British Standard, Singapore Fire Code dan lain-lain.
(submitting person), bagaimanapun Piawaian Malaysia hendaklah diutamakan
mengikut UUK 257, UUKBS 1984. Penggunaan standard selain Piawaian Malaysia,
hendaklah mendapatkan kebenaran dari JBPM.
Peraturan dan Garis Panduan bagi permohonan Perakuan Bomba dan Pembaharuan telah diwartakan pada 30 September 2020 iaitu Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) (Pindaan) 2020 P.U.(A) 290/2020.
Permohonan FC dan Pembaharuan boleh dibuat sendiri oleh Pemohon yang terdiri dari Pemunya, Penghuni atau Orang Yang Mempunyai Pengurusan Sepenuhnya ke atas Premis Ditetapkan.
Keperluan lift landing door adalah tidak sama
dengan pintu api kerana pintu lif tidak digunakan untuk tujuan laluan keluar. JBPM memaklumkan bahawa keperluan fire rated lift landing door adalah mengikut UUK 152.
JBPM telah mengeluarkan surat edaran berhubung ketetapan lift landing door seperti berikut pada 20/7/2017:
i. Lif landing door tanpa insulasi bagi lif yang membuka di dalam lobi
terlindung;
ii. Lif landing door berinsulasi bagi lif yang membuka terus di dalam
bangunan tanpa lobi terlindung.
Kadar aliran air bagi wet riser adalah 500 lpm setiap landing
valve dengan kadar maksimum 3 landing valve dibuka serentak.
Tujuan utama 3 way landing valve di aras tertinggi adalah untuk tujuan
ujian aliran air 1500 lpm dan bukannya untuk tujuan menentang kebakaran.
JBPM tiada halangan dengan jumlah aliran air bagi 3 way landing valve wet riser 2,250 lpm.
Walaubagaimanapun, rekabentuk hendaklah mengikut MS 1489-2 dan sebarang
perubahan terhadap aliran air hendaklah dibuat pindaan terhadap MS 1489-2
terlebih dahulu.
Peraturan dan Garis Panduan bagi permohonan Perakuan Bomba dan Pembaharuan telah diwartakan pada 30 September 2020 iaitu Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) (Pindaan) 2020 P.U.(A) 290/2020.
Permohonan secara berfasa dibenarkan sekiranya setiap fasa dilengkapi dengan sistem pepasangan keselamatan kebakaran yang berasingan mengikut fasa.
Pemohon dinasihatkan berbincang dengan JBPM berdasarkan kes demi kes(on a case-to-case basis).
Pelan Arkitektural (pasif) dan pelan M&E (aktif) merupakan instrumen penting bagi tujuan pemeriksaan, penguatkuasaan dan insurans. Oleh itu, pihak pemohon perlulah mengemukakan samada lukisan terbina (as-built drawing) atau lukisan terukur (measured drawing) pasif dan aktif kepada JBPM seperti proses biasa bagi tujuan semakan dan seterusnya diperakukan.
Mengikut MS 1910
apabila sesuatu bangunan dilengkapi sistem sprinkler maka keseluruhan
bangunan perlu dipasang sprinkler melainkan beberapa bahagian yang
dikecualikan mengikut klausa 4.1.1 & 4.1.2.
Oleh itu bilik suis
perlu dipasang sistem sprinkler melainkan dilengkapi dengan sistem
pemadaman yang lain yang setara dengan sistem sprinkler sekiranya
keseluruhan bangunan dilengkapi sistem sprinkler.
Konsesi Pembekal Perkhidmatan SPKA telah disambung semula bermula 25/10/2021 hingga 24/10/2024. Surat pemakluman telah dikeluarkan pada 3/11/2021.
Penggunaan Premis | Saiz | Tempat |
1. Perpustakaan | Melebihi 2000 meter persegi (keluasan jumlah lantai) | Keseluruhan Malaysia |
2. Hospital dan Rumah Rawatan | (i) 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) (ii) 5 tingkat dan lebih | Keseluruhan Malaysia |
3. Hotel | (i) Koridor terbuka – 100 bilik dan lebih bagi setiap blok (ii) Reka bentuk lain – (a) 2 tingkat hingga 3 tingkat dengan 101 bilik dan lebih (b) 4 tingkat dan lebih dengan 51 bilik dan lebih | Keseluruhan Malaysia |
4. Asrama dan Dormitori | (i) Koridor terbuka – (a) 10 tingkat dan lebih atau 5000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) (ii) Reka bentuk lain – (a) 6 tingkat dan lebih atau 3000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) | Keseluruhan Malaysia |
5. Pejabat | Ketinggian 30 meter dan lebih atau 10,000 meter persegi dan lebih (jumlah keluasan lantai kasar) | |
6. Kedai | 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) | |
7. Kilang | (i) 1 tingkat – 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) dan yang terpasang sistem semburan automatik; (ii) 2 tingkat dan lebih – 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) dan yang terpasang sistem semburan automatik; (iii) Kompleks kilang – Proses berbahaya | Keseluruhan Malaysia |
8. Tempat Perhimpunan | (i) Bangunan di bawah aras pelepasan diri 1000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) (ii) Tempat perhimpunan 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) | Keseluruhan Malaysia |
9. Storan dan Am | (i) Tempat letak kereta bawah tanah 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) dan yang terpasang sistem semburan automatik (ii)1000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) atau 7000 meter padu dan lebih dan yang terpasang sistem semburan automatik | Keseluruhan Malaysia |
Penguatkuasaan pam
kebombaan mempunyai sijil Pepasangan Keselamatan Kebakaran telah dikuatkuasakan
pada 13/4/2021. Ianya terpakai kepada semua projek samada kerajaan dan swasta.
Mengikut BS 7671: Requirement for Electrical Installation, Toggle
Fireman Switch hendaklah berada di posisi OFF dan berada di bahagian atas fireman
switch.
Mengikut MS 1910
apabila sesuatu bangunan dilengkapi sistem sprinkler maka keseluruhan
bangunan perlu dipasang sprinkler melainkan beberapa bahagian yang
dikecualikan mengikut klausa 4.1.1 & 4.1.2.
Oleh itu bilik suis
bagi bangunan yang dilengkapi sistem sprinkler perlu dipasang pada keseluruhan
bangunan melainkan telah dilengkapi dengan sistem pemadaman yang lain setara
dengan sprinkler.
Sekiranya bilik suis
tersebut berada dalam bangunan yang tidak dilengkapi dengan sistem sprinkler maka ianya tidak diperlukan pemasangan sistem pepasangan tetap gas kecuali
ditentukan oleh pihak berkepentingan contohnya TNB.
JBPM boleh menerima
pakai CPC yang dikeluarkan oleh JKR bagi permohonan perakuan bomba
sekiranya pelan-pelan arkitektural dan M&E premis-premis yang berkaitan
telah diperakukan oleh JBPM.
Tujuan perakuan bomba
dikeluarkan adalah untuk memastikan sistem pepasangan keselamatan kebakaran yang
dipasang pada premis berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.
Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam (Pindaan) 2021 telah digazetkan pada 31/12/2021.
JBPM akan mengadakan
sesi penerangan kepada pegawai-pegawai bomba dan pemain industri khususnya PSP dan SP dalam masa terdekat.