Soalan Lazim – Bahagian Keselamatan Kebakaran

Soalan Lazim – BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Bagaimana kaedah untuk mendapatkan slot pra-konsultansi JBPM berkaitan perkara/isu teknikal pelan arkitektural/M&E? Pihak PSP atau SP dikehendaki untuk mengisi Borang Temujanji yang disediakan oleh pihak JBPM dan menyerahkan kepada kaunter untuk diproses. Siapa yang boleh memohon pra-konsultansi perkara/isu teknikal pelan dengan pihak JBPM? Pihak PSP atau SP projek berkaitan. Di mana Borang Temujanji boleh didapati? Borang Temujanji boleh didapati di Portal JBPM. (Sila rujuk lampiran Borang Konsultansi untuk dimuatnaik ke dalam Portal dan mewujudkan hyperlink di sini) Berapa jumlah set pelan yang perlu dikemukakan? 4 set Dimanakah saya boleh membuat permohonan sokongan pelesenan perniagaan JBPM? Perkhidmatan ini disediakan di Bahagian Keselamatan Kebakaran (BKK) JBPM Negeri dan Pejabat Zon JBPM berdasarkan kepada lokasi premis pemohon. Pejabat Zon JBPM adalah bertanggungjawab ke atas pemprosesan permohonan sokongan lesen perniagaan di kawasan jagaan zon tersebut. Untuk Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Perlis) semua permohonan perlu dirujuk terus kepada BKK JBPM Negeri tersebut. Adakah sokongan perlesenan perniagaan JBPM perlu diperbaharui setiap tahun? Tidak perlu. Sokongan pelesenan perniagaan JBPM terpakai selagi tidak ada tukar guna premis berkenaan seperti kedai ditukar guna menjadi hotel bajet atau pertukaran pemilik perniagaan tersebut.   Apakah maksud sokongan pelesenan perniagaan JBPM? Sokongan Pelesenan merupakan salah satu perkhidmatan teknikal berkaitan keselamatan kebakaran yang disedia oleh JBPM kepada agensi pengeluar lesen. JBPM tidak mengeluarkan lesen tetapi mengeluarkan sokongan kepada agensi pengeluar lesen berkaitan aspek-aspek keselamatan kebakaran. Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM? Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat pembelajaran awam melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan. Bagaimanakah cara untuk mengadakan ceramah perlindungan kebakaran kepada masyarakat? Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa berusaha dan berharap setiap warga masyarakat tahu tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran khususnya dirumah dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran keselamatan kebakaran. Masyarakat setempat boleh memohon Jabatan bomba dan penyelamat Malaysia untuk mengadakan ceramah tentang kaedah pencegahan dan keselamatan kebakaran dirumah melalui kesatuan penduduk atau wakil penduduk dengan cara memohon kepada Ketua Balai Bomba yang paling hampir dengan penempatan. Ceramah yang disampaikan tidak dikenakan bayaran. Bagaimana untuk menubuhkan Bomba komuniti di kawasan kami? • Penubuhan Bomba Komuniti adalah dengan mengemukakan permohonan di Pejabat Zon atau balai bomba terdekat • Keahlian pasukan Bomba Komuniti di sarankan supaya sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang bagi setiap pasukan. Bagaimana untuk menubuhkan Skuad Bomba di sekolah pondok/tahfiz kami? ·        Penubuhan Skuad Bomba dibuat dengan cara mendaftar di Jabatan Bomba negeri masing-masing ·         Keahlian sekurang-kurangnya 10 orang bagi setiap pasukan. ·         Keahlian adalah digalakkan kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas. Bagaimana untuk menubuhkan Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (3K) di tadika kami? Penubuhan Kelab 3K; cara mendaftar di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia berhampiran. Apakah hukuman atau denda yang boleh dikenakan sekiranya notis penghapusan bahaya kebakaran tidak dipatuhi? Menurut Akta 341, Seksyen 10; Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak notis menghapuskan bahaya kebakaran yang disampaikan kepadanya menurut seksyen 8 dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sama ada suatu perintah di bawah seksyen 13 telah dibuat terhadapnya atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Adakah boleh saya meletakkan atau menyusun barang-barang yang menghalang sesuatu pintu api dan tangga dalam bangunan? Tidak boleh, keadaan ini akan menyebabkan jalan keluar yang tidak mencukupi dan menjejaskan keselamatan nyawa sekiranya berlaku kecemasan kebakaran.Perkara ini menjadi suatu kesalahan sepertimana termaktub dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 2, Tafsiran bahaya kebakaran I jalan keluar yang tidak mencukupi dari mana-mana bahagian sesuatu bangunan ke mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bangunan itu, yang memberikan perlindungan kepada orang-orang sekiranya berlaku kebakaran. Jika saya seorang pengusaha kilang, pasaraya dan lain-lain, bagaimanakah saya boleh membantu JBPM supaya premis saya tidak berada dalam keadaan mempunyai bahaya kebakaran dan tidak disabitkan kesalahan yang melanggar peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1988? Pada umumnya bahaya kebakaran boleh dielakkan dengan cara mematuhi semua perkara-perkara yang dikategorikan dalam tafsiran bahaya kebakaran, seksyen 2, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 antaranya;i. Tidak melakukan pengubahsuaian pada bangunan yang menyalahi undang-undang;ii. Memastikan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran sentiasa berada dalam keadaan baik contohnya Lampu Kecemasan tanda KELUAR, Alat Pemadam Api dan lain-lain lagi; daniii. Sentiasa mengamalkan good housekeeping supaya tidak mengganggu jalan keluar. Di manakah Borang Permohonan Perakuan Bomba boleh diperoleh? Borang Perkauan Bomba boleh diperoleh melalui: • Kaunter Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri; dan • Kaunter Pejabat Zon, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri yang terdekat (Bagi Negeri Sarawak sahaja). Apakah jenis premis yang memerlukan Perakuan Bomba? Premis yang dikategorikan sebagai premis ditetapkan memerlukan Perakuan Bomba. Berikut adalah ciri-ciri premis ditetapkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) (Pindaan) 2020 [P.U.(A) 289/2020]: JADUAL PREMIS DITETAPKAN
Premis yang Ditetapkan mengikut Kegunaan Saiz Tempat
1. Perpustakaan    2000 meter persegi dan lebih    (keluasan jumlah lantai)      Seluruh Malaysia
2. Hospital dan Rumah Rawatan (i)    2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)      Seluruh Malaysia
(ii)   5 tingkat dan ke atas
3. Hotel (i)    Koridor terbuka- 100 bilik dan lebih bagi setiap blok;      Seluruh Malaysia
(a)     2 tingkat hingga 3 tingkat dengan 101 bilik dan lebih
(b)     4 tingkat dan ke atas dengan 51 bilik dan lebih
4. Asrama dan Dormitori (i)    Koridor terbuka- 10 tingkat dan ke atas atau 5000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai);      Seluruh Malaysia
(ii)   Reka bentuk lain- 6 tingkat dan ke atas atau 3000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
5. Pejabat Ketinggian 30 meter dan ke atas atau 10,000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)      Seluruh Malaysia
6. Kedai    3000 meter persegi dan lebih     (keluasan jumlah lantai)      Seluruh Malaysia
7. Kilang (i)    Satu tingkat- 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan automatik;      Seluruh Malaysia
(ii)   2 tingkat dan ke atas- 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan autoamtik;
(iii)  Struktur Khas- Proses berbahaya
8. Tempat Perhimpunan (i)    Bangunan di bawah aras pelepasan diri 1000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai);      Seluruh Malaysia
(ii)   Tempat perhimpunan 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
9. Storan dan Am (i)    Tempat letak kereta bawah tanah 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan automatik;      Seluruh Malaysia
(ii)   1,000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) atau 7000 meter padu dan lebih, yang dipasang dengan sistem semburan automatik
Bagaimanakah cara untuk memohon Perakuan Bomba? Permohonan Perakuan Bomba boleh dibuat secara manual di Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri di mana premis ditetapkan tersebut berada dan mengemukakan Borang Permohonan seperti Jadual Pertama bagi permohonan Perakuan Bomba baru, dan Jadual Ketiga bagi permohonan pembaharuan Perakuan Bomba.Borang tersebut adalah seperti berikut: (Mohon berikan link kepada borang tersebut)i) Jadual Pertama – Permohonan bagi Perakuan Bombaii) Jadual Ketiga – Permohonan bagi Pembaharuan Perakuan Bomba. Bilakah waktu yang sesuai untuk membuat permohonan pembaharuan Perakuan Bomba? Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh perakuam bomba berkuatkuasa. Apakah maksud sistem SPKA? Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) merupakan suatu sistem yang dihubungkan ke panel utama penggera kebakaran di premis ditetapkan dengan pusat kawalan SPKA dan seterusnya ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pusat kawalan SPKA ini bertanggungjawab untuk menapis semua isyarat penggera yang diterima melalui pengesahan secara terus dengan pihak premis sebelum dihantar ke JBPM untuk tindakan susulan.  Jika premis saya dikategorikan sebagai premis ditetapkan, adakah pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memasang sistem SPKA tersebut? Pemasangan sistem SPKA pada Premis Ditetapkan merupakan bidang tugas penyedia perkhidmatan SPKA yang dilantik oleh Kerajaan. Pemasangan sistem SPKA pada bangunan (Premis Ditetapkan) adalah tertakluk kepada ‘SPKA subscription agreement’ di antara penyedia perkhidmatan SPKA dan pemunya bangunan. Adakah sistem SPKA ini wajib dipasang di premis bangunan yang dikategorikan sebagai premis ditetapkan (designated premises)? Berdasarkan peruntukan dalam Perintah Perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) (Pindaan) 2020, semua premis ditetapkan hendaklah disambung secara automatik ke PGO yang paling hampir. Pemunya premis ditetapkan adalah bertanggungjawab mengadakan penyambungan SPKA tersebut dan kegagalan pihak premis untuk memenuhi keperluan ini akan menyebabkan sijil Perakuan Bomba tidak dapat dikeluarkan. Bagaimanakah memperbaharui RESIT ALAT PEMADAM API? Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut: i. Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal JBPM. ii. Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran. Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia. iii. Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker. Segala data akan disimpan di dalam sistem eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda. Apakah maksud APA? APA atau Alat Pemadam Api Mudah Alih merupakan alat pemadaman yang direkabentuk dengan berat media pemadaman tidak melebihi 20 kg dan dapat dibawa serta beroperasi dengan tangan dengan baik. APA mengandungi media pemadaman bertekanan yang dapat disembur bagi tujuan memadamkan api. Apakah fungsi APA? i. Untuk memadamkan api disaat kebakaran baru bermula  ii. Untuk memadamkan kebakaran kecil  iii. Untuk mencegah api menjadi bertambah besar iv. Untuk membuat jalan keluar dari bangunan sekiranya laluan terhalang oleh api. Bilakah APA perlu diselenggara? APA perlu diselenggara dan dibawa untuk pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) SETAHUN SEKALI. APA juga perlu ‘RECHARGE’ setiap kali selepas digunakan atau apabila jarum pada tolok tekanan tidak berada pada zon berwarna hijau. Siapakah yang boleh menyelenggara APA? JBPM telah menetapkan hanya kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar sahaja dibenarkan membuat penyelenggaraan APA. Apakah jenis-jenis APA dan kegunaannya? Berapakah jangka hayat silinder APA? Sepuluh (10) tahun. Jangka hayat silinder dikira bermula dari bulan dan tahun APA diperbuat (manufacturing date). Bagi APA yang berada di tahun terakhir hayat, bolehkan ianya diselenggara atau memperbaharui pelekat barkod? Boleh sekiranya hayat APA masih berbaki melebihi 6 bulan dari tarikh pemeriksaan. Contohnya APA yang dikeluarkan pada bulan Disember 2007 dan APA ingin diperiksa pada Januari 2017, maka masih sah kerana hayat APA masih berbaki 12 bulan iaitu akan berakhir pada Disember 2017 Adakah APA yang dipasang pada teksi, kenderaaan awam, kenderaan perdagangan, kapal, bot dan feri perlu menggunakan sistem eFEIS dan pemeriksaan Bomba? Tidak perlu. Bolehkah saya memindahkan APA daripada premis yang telah didaftarkan? Tidak boleh. Adakah kontraktor perlu menggantikan APA yang lain apabila mengambil APA untuk diselenggara dari premis? Kontraktor perlu meletakkan APA sebagai pengganti jika mengeluarkan APA dari premis (jumlah APA pengganti bergantung kepada bahaya kebakaran yang wujud). Bagaimana cara untuk mendapatkan Malaysia Standard (MS) Document? Untuk mendapatkan MS Document, anda boleh membelinya secara terus dengan hadir ke kaunter jualan di Jabatan Standard Malaysia (JSM) di Cyberjaya atau anda boleh membelinya dengan menghantar permohonan melaui email at sales@jsm.gov.my. Pembelian secara atas talian akan diadakan pada masa akan datang. Anda boleh memilih untuk membeli MS Document dalam bentuk PDF ataupun bercetak. Apakah Standard yang menjadi rujukan JBPM? Senarai standard yang dirujuk oleh JBPM boleh didapati di Portal JBPM. (Senarai Standard Yang Dirujuk Oleh JBPM bagi pengeluaran Sijil Perakuan Bomba )
English EN Malay MS
Skip to content