Permohonan Perakuan Pelan Dan Pemeriksaan Bangunan Bagi Cadangan Pemajuan Berskala Kecil

Semua permohonan perakuan pelan bangunan dan pelan mekanikal & elektrikal hendaklah dikemukakan melalui Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dimana projek itu dibina.   Para perunding boleh merujuk kepada Jadual Kategori Pemprosesan bagi mengemukakan permohonan kepada OSC yang berkaitan.

Para perunding hendaklah mengemukakan surat permohonan rasmi dan mematuhi Senarai Semak Keperluan Mengemukakan Pelan Teknikal (pelan bangunan dan pelan M&E) semasa mengemukakan pelan-pelan. Seterusnya, kedua-dua pelan akan diedarkan oleh OSC ke  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengikut Jadual Kategori Pemprosesan.

JBPM akan memberi ulasan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan kepada PBT dan seterusnya mengeluarkan surat pelepasan.

PERMOHONAN PEMERIKSAAN BANGUNAN BAGI PENGELUARAN SURAT PELEPASAN JBPM SIJIL PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)

Permohonan pemeriksaan bangunan bagi pengeluaran Surat Pelepasan JBPM perlu dikemukakan melalui Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dimana projek itu dibina. Permohonan pemeriksaan perlu mematuhi dan melampirkan Borang Senarai Semak Permohonan Pemeriksaan Keselamatan Kebakaran bersama-sama dokumen-dokumen yang diperlukan.

Bayaran pemeriksaan perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan pemeriksaan.   Pembayaran boleh dibuat melalui kiriman wang atau bank draf atau cek perlu di atas nama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Permohonan pemeriksaan tersebut akan dimajukan oleh OSC kepada JBPM mengikut Jadual Kategori Pemprosesan bagi menentukan tarikh pemeriksaan. Pemeriksaan akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari selepas surat pelepasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pihak Berkuasa Air dikeluarkan. Surat Pelepasan JBPM akan dikeluarkan kepada pemohon pada hari yang sama pemeriksaan dijalankan. 

Nota: Pemeriksaan bagi bangunan kediaman yang tidak melebihi ketinggian 18 meter, adalah dikecualikan

English EN Malay MS
Skip to content