4 Februari 2025 (Selasa), Terengganu – Bertempat di Dewan Utama JBPM Terengganu
YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Negeri Terengganu. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YS PPjB Ts. Nor Mahathir bin Muhamad, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu dan kemudian diteruskan dengan ucapan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram Bin Osman.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 11 orang waris/balu kepada pegawai Bomba yang telah meninggal dunia dan menyampaikan sumbangan banjir berjumlah RM21,700.00 untuk diagihkan kepada 33 orang ahli daripada 43 orang pegawai dan kakitangan JBPM Negeri Terengganu yang terkesan akibat banjir pada bulan Disember 2024.
Turut hadir YBhg. Datin Batiyah binti Bakar, Timbalan yang dipertua, merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, (PERISMA Kebangsaan). Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak penyumbang antaranya YBhg. Dato Amilludin bin Haji Latif, Pengarah Hari-Hari Bumi Jaya Sdn. Bhd, Cik Natasya binti Badaruddin, HR Executive AITO Firework Holding Sdn. Bhd dan Encik Mohd Hafizan bin Zainal Abidin dari 99 Speedmart Sdn. Bhd.





































