3 Februari 2025, Isnin – Unit Integriti, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah mengadakan sesi kunjungan/lawatan penanda aras AIGA ke JBPM Negeri Terengganu pada 03 Februari 2025 yang diketuai oleh PPjB Nor Mahathir bin Muhamad, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu, Bahagian Pengurusan dan Bahagian Kejuruteraan yang bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu.
Sesi kunjungan bertujuan untuk memberi pendedahan, pengalaman dan sesi kongsi maklumat berkenaan AIGA dan tatakelola pengurusan AntiRasuah di JBPM Negeri Terengganu kepada organisasi dan masyarakat. Deligasi diketuai oleh Puan Hajah Che Norhaslida binti Derahman, Pengurus Bahagian Perundangan & Integriti, Tuan Syed Ahmad Fattahuddin bin Syed Abd Ghani, Penolong Pengurus, Bahagian Perundangan & Integriti, Puan Nazira Afiqa binti Abdul Aziz dan Cik Nur Ain Jannah binti Mohd Nahar Pegawai Integriti & Governans Anak Syarikat PMINT.



