SHAH ALAM, 26 September 2023 – Penolong Pengarah Bahagian Latihan, Ketua-ketua Zon antara wakil pegawai serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir ke Sesi Libat Urus Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bersama Penjawat Awam Negeri Selangor. Majlis yang Dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bertempat di Auditorium, Dewan Jubli Perak Sultan Salahudin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor.
Sesi Libat Urus dan taklimat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
