THAILAND, 25 September 2023 – Pasukan Bomba Selangor telah menyertai Kejohanan Perahu Naga yang diadakan di Narathiwat, Thailand mulai 22 hingga 24 September 2023. YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah turut hadir bagi mengetuai Kontinjen Bomba Selangor dan dibantu oleh PgKB II Ahmadi bin Muhamad Hasan, Ketua Zon 6SL Hulu Selangor.
Penyertaan yang julung kali disertai ini menjadikan pengalaman buat Pasukan Perahu Naga Bomba Selangor untuk melakarkan nama Bomba Selangor di luar negara khususnya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia amnya.
Penyertaan pasukan Bomba Selangor kali pertama ini dengan keputusan tempat ke 5 (Rekod kayuhan Pasukan Bomba Selangor – 1.33 minit dengan jarak 300 meter) daripada 10 Pasukan yang menyertai kejohanan ini. Ianya merupakan pencapaian yang baik dan boleh dibanggakan bagi Pasukan Bomba Selangor, dan boleh dipertingkatkan lagi untuk masa hadapan.
Secara tidak langsung penyertaan Bomba Selangor dapat menaikkan imej dan nama Bomba Malaysia amnya di luar negara.
TAHNIAH & SYABAS BUAT PASUKAN PERAHU NAGA BOMBA SELANGOR 2023
YS Pengarah juga turut menerima cenderamata penyertaan pertandingan dari Raja Thailand ke-10.
