𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐔𝐁𝐔 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 7 September 2024- DYTM Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli Menyempurnakan Sambutan Hari Sungai Sedunia dengan bertemakan “Rivers and Streams in Community”.
Sambutan peringkat Negeri Selangor ini telah diadakan di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu.
Baginda turut diiringi YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.D Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor,Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa,Y.D.M Tengku Maha Kurnia Bijaya Diraja ,Tengku Saifan Rafhan bin Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj,YB Puan Pang Sock Tao,Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu.
Turut hadir pada majlis ini adalah YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor dan PPgB Wan Muhammad Aslam bin Wan Asri, Ketua Balai BBP Kuala Kubu Bharu.
Bersempena sambutan telah diadakan Demontrasi Penyelamatan Di Air yang telah dijayakan oleh pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergandingan bersama Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala kubu Bharu.