SHAH ALAM, 6 September 2024 – 26 orang Pegawai Bomba daripada Gyeonggi-Do Fire and Disaster Headquarters, Korea diketuai oleh Mr. Park Young Kil telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi melihat strategi operasi dan kesiapsiagaan jabatan dalam bidang kebombaan dan penyelamatan yang dilaksanakan di peringkat Balai dalam pengoperasian semasa menangani kes kecemasan.
PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mokhtar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB I Ahmad Zaidi bin Safuan, Ketua Zon 1 serta Pegawai Bahagian Operasi JBPM Negeri Selangor telah menyambut kehadiran delegasi tersebut serta beberapa pegawai kanan jabatan.
Delegasi tersebut turut di bawa ke sesi taklimat dan seterusnya ke Padang Kawad bagi menyaksikan Demonstrasi Pemadaman dan Penyelamatan Kemalangan Jalan Raya oleh Pasukan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.
Sebelum berakhir wakil jabatan menyerahkan cenderamata kepada Mr. Park Young Kil, ketua deligasi sebagai kenangan dan bergambar berasma-sama.