PETALING JAYA, 19 Mac 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor bersama PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Selangor hadir program singgah sahur bertempat di Engine Bay Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala.
Turut dihadiri Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon 2 serta Ketua-ketua balai Zon 2 serta Pegawai Kanan bersama Anggota BBP Jalan Penchala bagi mengimarahkan lagi program sahur dan solat subuh berjemaah diadakan.