Mesyuarat perbincangan fasa IV pelaksanaan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) pengembangan skop ke Bahagian Keselamatan Kebakaran (skop Penguatkuasaan Undang-undang). Mesyuarat diadakan secara online dengan pihak Unit Integriti Ibu Pejabat diwakili oleh PgKB I Endi Sherimi dan PgKB II Abdul Malik pada 19 Mac 2024 jam 10pg. JBPM Selangor diwakili oleh PPjB Nor Arifin bin Kamari Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangorbersama-sama Penolong Pengarah Bahagian secara online di Bilik Mesyuarat Dahlia. Mesyuarat turut sama disertai Ketua-ketua zon secara dalam talian.
