SHAH ALAM, 19 Jun 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Program Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pengarah Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim.
PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah bersama Pegawai Zon 1 Shah Alam dan Pegawai-pegawai kanan Bahagian JBPM Negeri Selangor juga turut hadir pada Program Kunjungan Hormat kali ini.
Program diadakan ini bagi memperkenalkan Pengurusan yang baru serta bertukar pandangan dalam aspek pencegahan rasuah dan Integriti pegawai serta program IBR yang dirancang oleh JBPM Selangor. Dalam pertemuan itu YBhg Dato’ Pengarah juga menyampaikan hasrat agar pihak JBPM Negeri mempergiatkan usaha bagi kempen kesedaran terutama berkaitan pencegahan rasuah dikalangan pegawai kerajaan dan Jabatan Bomba khususnya.