BUKIT JELUTONG, 20 Jun 2023 – Satu Lawatan Kerja Rasmi telah diadakan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
Terdahulu rombongan MBSJ yang diketuai oleh Puan Sarina binti Saad, Pengarah Jabatan OSC MBSJ telah disambut oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Selangor.
Lawatan kerja rasmi yang disertai bersama lima orang lagi pegawai MBSJ ini adalah bertujuan membincangkan mengenai pelarasan Manual OSC 3.0 Plus yang telah dilaksanakan oleh OSC MBSJ.
JBPM Negeri Selangor telah diwakili oleh Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ketua Zon 2 Petaling Jaya, Pegawai-pegawai BKK dan Pegawai-pegawai Zon 2.
Lawatan ini juga turut membincangkan mengenai prosedur penghantaran dan semakan pelan di JBPM serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan KPI OSC 3.0 Plus tercapai.