SUNGAI BULOH, 4 Julai 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Program Kunjungan Hormat Ke Pejabat Panglima 11 Briged, Brig Jen Shahir Hafizul bin Abd Rahman.
Program Kunjungan Hormat Rakan Strategik ini bagi memperkenalkan Pengurusan yang baru disamping bertukar-tukar pandangan dalam aspek pengurusan operasi dan latihan bersama supaya operasi ketika berlaku bencana dapat diatur gerak dengan lebih cepat pada masa akan datang serta penambahbaikan pengurusan antara agensi yang lebih baik.
PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah bersama Pegawai Bahagian Operasi dan Pegawai Unit Perhubungan Awam JBPM Negeri Selangor juga turut hadir program pada kali ini.
YS Pengarah JBPM Negeri Selangor juga sempat Menandatangani Buku Lawatan dan bergambar bersama Brig Jen Shahir Hafizul bin Abd Rahman.